Assalamualaikum,
CINTA. Merangkumi lima huruf dan satu perkataan namun
membawa seribu satu makna. Salahkah cinta, bercinta, mencintai dan
dicintai?
Mudah sahaja untuk menjawab persoalan itu sebenarnya.
Kalau cinta itu haram dan salah, maka tiadalah kita pada hari ini. Kalau salah, masakan Rasulullah begitu mencintai Saidatina Khadijah. Jika haram, bagaimana pula dengan ketulusan cinta Zulaika terhadap Nabi Yusuf as. Bagaimana pula dengan cinta agung Adam dan Hawa. Berdosakah mereka kerana ditanamkan segenap perasaan CINTA dalam hati-hati insan-insan mulia ini?

Tidak perlulah mual, resah, keliru, loya dan gusar lagi
kerana jawapannya nyata, terang lagi bersuluh.
CINTA TIDAK
SALAH
Cinta itu anugerah yang Allah hadiahkan kepada
hambanya dalam bentuk fitrah. Kalau seorang jejaka tampan bernama Ahmad Romeo
jatuh cinta kepada seorang Siti Juliet, maka itu perkara biasa, Sedangkan,
Allah sebutkan menerusi SMS cintanya kepada kita;
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(Al-Imran:14)

.PERSOALAN : Telefon dan SMS - boleh atau tidak Seperti yang kita tahu, telefon
dan SMS merupakan alat perantaraan komunikasi yang tidak wujud di zaman rasul,
sahabat mahupun tabiin. Dalam hal ini saya mengembalikan hukum sesuatu
perbuatan itu kepada asalnya, iaitu mengikut kaedah usul fiqh, asal kepada
setiap satu itu adalah harus, selagi tidak ada nas yang mengharamkannya. Atau
dalam masalah telefon barangkali dapat kita lihat dalam bab mendengar
percakapan wanita , satu bab yang ada dalam kitab fiqh. Bercakap dan mendengar
percakapan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram/ajnabi, dengan satu
hajat atau tujuan yang baik, adalah diharuskan di dalam Islam, selagimana ianya
aman dari fitnah, tidak menimbulkan shahwat, dan tidak melalaikan dari
mengingati Allah Ta'ala.
No comments:
Post a Comment